The role
Role overview
PEMBANTU TEKNIKAL (Kuching, Sarawak), SPM/SVM/SKM/Diploma, melaksanakan operasi harian, pemeriksaan rutin dan penyelenggaraan fasiliti Email Resume or SCAN QR
Details
Tanggungjawab: Memantau operasi harian serta aktiviti pengurusan fasiliti. Menjalankan pemeriksaan rutin, pemantauan operasi dan penyelenggaraan pencegahan ke atas sistem serta peralatan mekanikal. Membantu dalam pengendalian, pemantauan, penyelesaian masalah dan penyelenggaraan peralatan mekanikal serta sistem perkhidmatan bangunan. Melaksanakan pemasangan, pembaikan, penyelesaian masalah (troubleshooting), servis dan penyelenggaraan sistem mekanikal seperti pam, motor, sistem penyaman udara dan pengudaraan (HVAC), sistem perpaipan, pemampat (compressor) dan penjana (generator). Memastikan semua peralatan dan sistem mekanikal beroperasi dengan selamat, cekap dan berada dalam keadaan optimum. Menjalankan pemeriksaan, pengujian dan penyelenggaraan ke atas loji serta peralatan mekanikal, dan memastikan rekod penyelenggaraan diselenggara dengan teratur dan lengkap. Memantau dan menyelenggara sistem penyaman udara dan pengudaraan. Membantu pasukan servis dan penyelenggaraan bangunan apabila diperlukan. Mengenal pasti kerosakan serta melaksanakan kerja penyelesaian masalah (troubleshooting) dan penyelenggaraan pembaikan (corrective maintenance). Merancang dan melaksanakan penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) mengikut jadual yang ditetapkan. Memastikan pengendalian dan penyelenggaraan alat, peralatan alat ganti serta inventori dilakukan dengan baik dan teratur. Mematuhi keperluan keselamatan yang ditetapkan oleh DOSH, OSHA, Suruhanjaya Tenaga serta badan-badan berkaitan yang lain. Melaksanakan tugas-tugas ad hoc dan tanggungjawab lain yang diarahkan. Membantu Penyelia serta melaporkan perkembangan kerja kepada Eksekutif dan Penyelia.
Kelayakan: Warganegara Malaysia. Memiliki sekurang-kurangnya SPM dan lulus Bahasa Malaysia/SVM/SKM Tahap 1-3 dalam bidang berkaitan/Diploma dalam Kejuruteraan/Pengurusan Fasiliti/Penyelenggaraan Bangunan/Elektrik/Mekanikal/Awam. Pengetahuan asas sistem bangunan, elektrik, mekanikal, atau pengurusan fasiliti satu kelebihan. Mahir aplikasi komputer perisian pejabat. Kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah dan kerja berpasukan yang baik. Lesen memandu sah (kelas B2/D atau setara) satu kelebihan. Sihat tubuh badan, mampu jalankan tugas pemeriksaan tapak, penyelenggaraan dan pemantauan fasiliti. Sikap bertanggungjawab, berintegriti, proaktif, komited. Boleh bekerja individu dan pasukan dengan pengawasan minimum. Pengalaman dalam bidang operasi, penyelenggaraan, pengurusan fasiliti atau teknikal satu kelebihan.
Mengapa Sertai Kami: Anak syarikat milik penuh Yayasan Sarawak; organisasi bereputasi dan kukuh di Sarawak. Peluang memperoleh pengalaman praktikal dalam pengurusan fasiliti.
